Siapakah Imam Al Mahdi?
SEJAK dahulu
hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak
henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu,
terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang
sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah)
tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya menyerahkan
perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita
ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh
Rasulullah SAW.
Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk
kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui
kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi
Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan
As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl
Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah
AsSyaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan
Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan
banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas
tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh
hadits-hadits Rasulullah SAW.
Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,”
Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan
oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya
seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak
menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnyaAqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.
Di dalam kitab Naqdul Manqul m.s 8O pengarang kitab tersebut memetik kenyataan lbnu Qayyim Al-Jauziyah, “kebanyakan hadits-hadits menunjukkan bahawa Al-Mahdi adalah anak dari Sayidina Hassan bin Ali.”
Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)
Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.
Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdidari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits
menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang
mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah
dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan
Al.Hussin adalah dha’if. Ini adalah sebagaimana kenyataan yang dibuat
oleh Al-Hafiz Abut Hassan Ad-Darqatni.
Hadith Tentang Al-Mahdi
1. Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda, :
"Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas
kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi:
"Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin
mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya
menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke
atas umat ini (umat Islam) . Hadtih
riwayat Muslim.
2. Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam
satu malam. Hadith
riwayat Imam Ahmad.
3. Dari Dzar dari
Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal
sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu
sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum
keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia
akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi
kezaliman dan kekejaman. Hadith
riwayat Abu Daud dan Turmizi.
4. Dari Abu Said
Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ;
"Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku,
Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan
darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat
ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. Hadith
riwayat At-Tabarani.
5. Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas
Sunnahku spt aku berperang atas wahyu". Hadith
riwayat Na'im bin Hammad
6. Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata,
"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari
keturunanku dari anak cucu Fatimah". Hadith
riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan
Al-Hakim
Namun, tidak terdapat hadits yang menyebut mengapa AI-Mahdi dinamakan
Al-Mahdi, tetapi terdapat dua atsar sahabat dalam hal ini. Abdullah bin
Syuzab berkata,
“Sebab ia dinamakan Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan satu gunung di
gunung negeri Syam. Ia mengeluarkan dari gua gunung tersebut
lembaran-lembaran kitab Taurat. Al-Mahdi berhujah melawan orang-orang
Yahudi menggunakan kitab tersebut dan mereka akhirnya kalah. Maka salah
satu kumpulan orang-orang Yahudi memeluk Islam.” Atsar ini diriwayatkan
oleh Al-Hafiz Ad-Dani dalam Sunannya.
Daripada Ka’ab
bin Alaqamah berkata,
“Sebab dinamakannya Al-Mahdi ialah kerana ia menunjukkan pada suatu
perkara yang telah hilang,
dia mengeluarkan peti dari negeri Antakiah (peti berisi lembaran kitab
Taurat dan lain-lain). Diriwayatkan oleh Na’im bin Hammad dalam kitabnya
Al-Fitan.
Al-Muhaddits
Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerangkan
di dalam kitabnya Aqidah
Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa
Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana.
Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang
besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani.
Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan
mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang
dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat
iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim.
Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi dinyatakan di dalam hadits yang
diriwayatkan oleh Abu Said, Ummu Salamah, Aisyah bin Malik dan Huzaifah
Al-Yamani.
Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada
beberapa perkara:
1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut
Parsi.
2. Gerhana bulan pada awal malan daripada bulan Ramadhan dan gerhana
matahari dari awal bulan Ramadhan.
3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan
4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
5. Naik bintang yang
berekor yang cerah di sebelah timur
6. Zahir api yang
besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam
7. Zahir kelam pada
langit.
8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit
yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat
masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.
10. Tenggelam kampung
Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).
11. Diserukan daripada Iangit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang
tersangat kuat hingga didengar oleh alhi bumi danipada Timur ke Barat.
Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan
orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu
terkejut.
12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian
maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam
bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul
Aqabah di Mina (tempat melontar).
13. Zahir banyak gempa bumi.
14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama iaitulah seruan
daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang
yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga
Muhammad.” (Dan seruan kedua) iaitulah seruan syaitan dengan katanya,
“Ketahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama
Mahdi itu sebenarnya dari ketuarga Isa.” (Lihat AdDuratun Nafi’ah Fi
Isyratis Sa’ah)
Setengah-tengah ulama’ telah menamakan tokoh-tokoh tertentu sebagai
Al-Mahdi. Al-Mahdi yang mereka maksudkan ialah pemimpin-peminipin Islam
yang adil selepas Rasulullah SAW. berpandukan hadits Rasulullah SAW,
“Tetaplah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa Ar-Rasydin
Al-Mahdi (yang mendapat petunjuk).” — Riwayat
Abu Daud dan At-Tarmizi
Berpandukan hadits ini maka para ulama Ahli Sunnah Wal Jammah
ada yangmenentukan seseorang sebagai Al-Mahdi, tetapi bukanlah sebagai Al-Mahdi
Muntadzar sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW yang muncul di akhir zaman.
Hassan
Ibrahini Hassan dalam
kitabnya, Tarikhul Islam jüzu’ I m.s
407 menyebut dengan panjang lebar akan masalah ini dan menjelaskan, “Bahawa
Al-Mahdi yang dikatakan oleh beberapa ulama’ di dalam kitab-kitab mereka
ada beberapa orang itu bukanlah Al-Mahdi yang akan muncul di akhir
zaman.”
Al-Imam Ahmad Hanbal sendiri
pernah menyebut, “Bahawasanya Umar
bin Abdul Aziz tidak
syak lagi adalah ia Al-Mahdi, tetapi bukanlah Al-Mahdi yang akan keluar
diakhir zaman. Tetapi adalah Al-Mahdi yang
mendirikan kebenaran dan kebajikan” (sila lihat kitab Naqdul Manqul ms
78-79).
Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382)
Golongan Syiah yang berpendapat bahawa Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari sebagai Al-Mahdi juga tidak menyebutnya sebagai Al-Mahdi Muntadzar yang muncul di akhir zaman. Sebaliknya mereka menyebutnya sebagai Al-Mahdi yang akan memimpin mereka atas kebenaran dan kebajikan. (sila lihat kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II ms 382)
Sumber : Tayibah.com dan google
0 Response to "Siapakah Imam Al Mahdi?"
Posting Komentar